23 December 2024
TERBANG KE JEPUN - HANIS ZALIKHA LUAH SYUKUR IMPIAN BAWA PEKERJANYA MELANCONG KE LUAR NEGARA TERCAPAI
"Apabila kami (Hanis Zalikha dan Hairul Azreen) mula-mula memulakan syarikat bersama-sama pada usia 20-an, sal@h satu impian utama kami adalah membawa seluruh staf ke negara empat musim. Kami selalu bercakap tentang perkara ini kepada tim, nak sangat rasa bercuti ke tempat sejuk dengan baju bulu-bulu."
Itulah kata pelakon dan usahawan Hanis Zalikha menerusi perkongsian di Instagram, dimana dia meluahkan rasa syukur apabila impiannya dan suami, Hairul Azreen membawa pekerja mereka untuk melancong ke luar negara akhirnya tercapai selepas 10 tahun menjalankan perniagaan.
Dalam hantaran tersebut, Hanis turut berkongsikan video memaparkan dia bersama pekerjanya berada di lapangan terbang untuk ke Jepun dan dapat dilihat semuanya teruja.
Kata Hanis lagi, dia turut melakukan pelbagai persiapan termasuk menempah jaket istimewa untuk dipakai oleh semua kakitangan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment