"Alhamdulillah, saya tak sangka dapat sambutan yang macam ini untuk lagu 'Nurcinta'. Saya kalau cakap pasal ni rasa meremang bulu roma saya."
Itulah kata penyanyi Amir Masdi dimana dia tidak menyangkakan lagu terbaharunya berjudul 'Nurcinta' mendapat sambutan serta tidak menafikan ia menjadi penutup manis bagi dirinya untuk tahun 2024.
Untuk makluman, muzik video (MV) lagu 'Nurcinta' yang juga merupakan runut bunyi drama sens@si, 'Andai Tiada Dia' itu kini sudah mencecah 1.8 juta tontonan di Youtube dimana ia hampir mencapai 2 juta sejak ia mula dimuat naik 12 Oktober lalu.
Klik untuk gambar besar
Berhubung itu, sebagai satu tanda penghargaan, Amir berkata, dia telah merancang satu k£jutan buat pelajar-pelajar di sekolah berkenaan apabila membuat kemunculan di sana.
"Pada asalnya saya kumpulkan mereka yang buat cover lagu 'Nurcinta', jadi masa tengah kumpul tu saya terjumpa video pelajar sekolah di Senawang tengah berlatih mainkan muzik saya.
"Sebagai komposer dan penyanyi saya rasa terharu kerana mereka guna lagu saya sebagai satu proses pembelajaran mereka.
"Jadi saya rancang untuk ke sana bagi k£jutan dekat mereka," ujarnya yang juga menyatakan rasa sangat berbangga kerana sistem pendidikan di Malaysia menggunakan lagu-lagu baharu dalam proses pembelajaran di sekolah.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment