"Ketika itu saya menjalanankan perniagaan pengiklanan, tiba-tiba saya s@kit t£ruk dan munt@h-munt@h. Setiap makanan yang saya jamah pasti munt@h kembali, sampai rasa nak m@ti. Berat badan pun turun sampai 12 kg."
Demikian jelas penyanyi Illa Sabry yang mendedahkan dia pernah berdepan pengalaman berat badannya turun mendadak sehingga 12 kilogram yang didakwa gara-gara disih1r.
Kongsi Illa menerusi Kosmo, kejadian berlaku pada tahun 2012 dan merasakan dirinya hampir m@ti apabila lebih sebulan tidak dapat menjamah makanan.
Illa berkata, pada awalnya dia menjangkakan menghidap peny@kit batu karang, namun selepas menjalani pemeriksaan dengan enam doktor kesihatannya baik sahaja.
"Saya memang fikir p0sitif ingat s@kit batu karang tetapi doktor kata batu karang saya terlalu kecil untuk saya s@kit t£ruk sebegini. Akhirnya saya buat keputusan balik ke rumah ibu bapa, andai habis nyawa di sana pun saya reda.
"Bapa cuba berubat sendiri dan saya minum air penawar. Selepas kali kedua minum air itu saya munt@hkan semua, saya sendiri tidak tahu apa yang keluar. Alhamdulillah, sejak itu saya sihat dan tidak s@kit lagi," ujarnya.
Klik untuk gambar besar
"Pada 2011, orang tak nampak kedai makan saya, jadi sekejap buka sekejap tutup. Sampai sekarang tidak tahu siapa yang buat dan sekarang saya banyak amalkan doa pelindung diri setiap kali keluar rumah," tuturnya.
Tutur Illa lagi, meskipun mengalami pelbagai pengalaman p£rit, perkara itu tidak menghalang dirinya untuk terus menceburi dunia perniagaan dan kini dia juga aktif berniaga makanan di bawah jenama Cik Gebu, selain menyanyi.
Dalam pada itu, Illa yang tersingkir pada minggu keenam konsert Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11), menyerahkan pada takdir berkenaan perjalanan seninya.
"Saya kembali dalam industri kerana mahu melepaskan rasa rindu. Selepas ini lihatlah bagaimana, andai ada rezeki saya akan teruskan kerjaya nyanyian. Jika tidak saya akan fokus kepada perniagaan," katanya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment