12 December 2024
"INDUSTRI KITA SANGAT TIDAK MATANG DARI SEGI KONTRAK & BAYARAN" - ZAHNITA WILSON RASA TAK DIHARGAI BILA JADI MODEL, TAK SANGGUP DIPERLAKUKAN SEPERTI PEMINTA SEDEKAH
"Sehingga ke hari ini, ada orang yang hutang saya beribu-ribu dan apabila saya kejar dia untuk duit, hanya dapat beberapa ratus. Kita pula perlu merendahkan diri semata-mata untuk dapatkan bayaran. Jadi, malaslah nak kembali kepada itu (peragaan) semula.
"Sebenarnya saya suka 'modeling', seni persembahan dan lakonan. Tapi maaf, industri kita sangat tidak matang dari segi kontrak dan bayaran," jelas model dan pelakon Zahnita Wilson, 39, dimana dia tidak sanggup diperlakukan seperti peminta sedekah oleh pihak yang masih berhutang dan tidak melunaskan bayaran hasil kerja peragaannya.
Kata Zahnita atau nama sebenarnya, Zahnita Dorothy Hussein Wilson, hal sebegitulah sebenarnya buatkan dia tawar hati kembali aktif dalam bidang seni khususnya peragaan dan paling membuatkannya tawar hati adalah kerana industri peragaan tempatan mengambil remeh terhadap perihal kontrak dan menetap bayaran.
Dalam pada itu, Zahnita yang kini kian serius mengusahakan perniagaan pai itu memberitah, lebih menyedihkan apabila dia tidak merasakan usaha kerasnya curah sepenuh jiwa dalam kerjaya model sebelum ini tidak dihargai, padahal dia serius lakukannya secara profesional.
"Dari dulu saya rasa tak dihargai. Ketika saya bekerja, saya usaha bersungguh-sungguh. Semua orang tahu saya sangat bekerja keras dan komited untuk menjadi model profesional.
"Tapi selepas beberapa tahun saya rasa tidak dihargai kerana bayaran macam itu juga meskipun sudah 10 tahun menonjolkan sikap komited saya sebagai model," ujarnya yang sebelum ini memutuskan untuk menolak tawaran menjadi wajah jenama tekstil terkenal Jakel yang bernilai RM150,000 baru-baru ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment