12 December 2024

"YANG TIDAK PAKAI, SAYA JUAL SEMULA... BOSAN JUGA YA TERLALU MEWAH" - IQBAL AKUI PERNAH HABISKAN RM1 JUTA DALAM SEMINGGU



"Beberapa tahun lalu saya boros, saya boleh habiskan RM1 juta dalam masa seminggu sahaja tanpa saya sedar.

"Sekarang sangat jauh berbeza. Banyak barangan mewah kepunyaan saya yang beratus ribu. Ada barangan mewah saya yang tidak pakai, saya jual semula. Bosan juga ya terlalu mewah."

Itulah ujar pempengaruh media sosial dan penyanyi sensasi, Iqbal Zulkefli dimana dia mengakui sudah bosan hidup mewah serta mahu mengubah gaya hidup agar tidak boros berbelanja.

Dalam pada itu, Iqbal menerusi soal jawab di Insta Story, juga memberitahu, dia perlu berjimat cermat kerana banyak komitmen yang perlu dibayar tambahan pula dia bekerja sendiri.

"Sekarang banyak fikir bisnes sahaja. Banyak komitmen yang perlu bayar. Tambah-tambah lagi, hasil pendapatan itu daripada saya sendiri," katanya.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: