11 December 2024

BERDEPAN DAKWAAN GAGAL LUNASKAN PINJ4MAN HAMPIR RM1 JUTA - CHE TA SEMPAT KONGSI FOTO BERSAMA SUAMI SEMPENA ANNIVERSARY PERKAHWINAN KE-11



"Dalam perkahwinan ini juga suami isteri kena ada toleransi, Insya-Allah akan ok.. selain dari dapat suami yang setia.. kannn.

"Happy 11th Anniversary (selamat menyambut ulang tahun) sayang. Semoga Allah memberikan kita umur yang panjang dan kesihatan yang baik agar kita dapat bersama-sama untuk waktu yang lama."

Itulah tulis pelakon Rozita Che Wan yang meraikan ulang tahun perkahwinan ke-11 bersama suaminya juga pelakon, Zain Saidin, hari ini (11 Disember).

Menerusi hantaran itu yang dimuat naik di media sosial, Rozita atau mesra disapa Che Ta telah berkongsi beberapa foto kenangan perkahwinan dan ucapan istimewa buat suaminya.

Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Che Ta dan Zain mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan diberi nama Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Sementara itu, pengurusan Che Ta setakat ini belum memberikan kenyataan rasmi berhubung s£rbuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) di kediaman pelakon itu dekat Petaling Jaya, semalam.

Difahamkan, Che Ta berdepan dakwaan gagal melunaskan pinjaman bernilai hampir RM1 juta.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: