"Saya sibuk dengan kerja, cari rezeki. Itulah fokus utama sekarang. Nak kata saya jual konten anak-anak pun tak juga sebab kadang-kadang mereka selalu dengan saya."
Demikian kata Bella Astillah dimana penyanyi dan pelakon menafikan dakwaan yang mengatakan dia menggunakan anak-anaknya bertujuan meraih simpati.
"Saya tak pernah jaja cerita sedih anak-anak. Mungkin bila bercakap berkenaan anak-anak kadang kala kita rasa macam rindukan mereka. Setakat ini memang tiada. Saya gembira dengan keluarga.
"Kehidupan semakin baik, syukur. Saya bekerja keras dan anggap penat itu berbaloi sebab itu rezeki dan peluang saya juga. Alhamdulillah rezeki anak-anak," katanya lagi.
Dalam pada itu, Bella menjelaskan, dia tidak pernah menggunakan cara ini untuk mendapatkan tawaran menyanyi dan sebagainya, selain memberitahu, ada momen bersama anak-anak yang bukan dirakam olehnya.
Klik untuk gambar besar
"Tapi itu tanggapan masing-masing dan saya tak sal@hkan mereka. Saya terima komen negatif dan positif sebagai pembakar semangat untuk buat yang terbaik," ujar pemilik nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, yang turut gembira melihat perkembangan anak-anaknya membesar di depan mata.
"Ayden fokus sekolah. Jadual seharian dia sangat sibuk. Kadang kalau jumpa pun malam. Dia juga ada kelas tuisyen, aktiviti taekwondo dan bola sepak.
"Memang nampak dia suka menyanyi tapi pada masa ini saya tengok dia minat belajar. Alhamdulillah... dia dapat markah tertinggi dalam pendidikan Islam. Saya tak nak 'push' dia sangat.
"Ayden minat pergi sekolah tanpa paksaan. Sebagai ibu, tengok anak minat belajar sesuatu yang menggembirakan," tutur ibu kepada ibu dua cahaya mata, Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreana, 4.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment