11 December 2024

ISU PEKERJAAN SUAMI - INA NAIM NAFI MARAH, INI JELASNYA



"Yang nampak saya macam marah itu, bukannya marah pun. Saya nak bagi mereka rasa sebenarnya mereka itu kurang kasih sayang dan kurang perhatian. Jadi mereka mulalah komen benda-benda yang kurang baik. Selalunya bila mereka komen, saya akan jawab.
"Biasanya saya akan jawab secara sin1s," jelas penyanyi Ina Naim, 40, dimana dia menyifatkan segelintir netizen yang melakukan provokasi mempertikaikan pekerjaan suaminya itu sebagai kurang kasih sayang.

Dalam kenyataan itu, Ina berkata, dia tidak pernah marah dengan soalan netizen tetapi sengaja berbuat demikian bertujuan mengajar mereka.

Nama Ina hangat diperkatakan apabila dia menerusi sesi siaran langsung baru-baru ini didakwa bersikap 'kasar' ketika menjawab persoalan mengenai pekerjaan suaminya, Mohd Khairul Rizal.

Ina menerangkan pekerjaan suaminya ialah perunding kejuruteraan dan tidak perlu setiap hari pergi ke pejabat.

Persoalan ini dicetuskan berikutan suami Ina dilihat seperti tidak bekerja kerana sering menemaninya bersiaran langsung di TikT0k.

Jawapan t£gas Ina terhadap persoalan ini mengundang persepsi ramai bahawa dia sudah berubah dari seorang lemah lembut kepada seorang yang 'kasar' selepas berkahwin.

Dalam pada itu, Ina memberitahu, dia sangat okey dengan soalan netizen, begitu juga dengan suaminya yang tenang berdepan situasi yang baru buatnya ini.

"Suami okey senyum sahaja. Dia rasa sama sahaja tiada apa-apa yang berubah pun. Ini bukan satu benda yang boleh mendatangkan kemudaratan. Ia benda biasa. Saya tak kisah," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: