"Pada saya, Radhi ada hak sekiranya dia mahu membuat tuntutan. Cuma, dia tidak pegang r0yalti dan hak pemilikan (lagu). Tapi, dia boleh cuba kalau nak buat tuntutan juga.
"Bagaimanapun, proses berkaitan tuntutan ini biasanya membabitkan hal ehwal perundangan sebab ia di luar bidang kuasa artis. Jadi, saya nasihatkan Radhi kena dapatkan khidmat peguam."
Ujar bekas anggota OAG, Qi Razali dimana dia menyarankan agar sahabatnya yang juga penyanyi kumpulan itu, Radhi supaya melantik peguam jika ingin menuntut bayaran r0yalti dan hak pemilikan lagu dihasilkannya sepanjang bersama kumpulan berkenaan.
Difahamkan, Radhi sebelum ini pernah meluahkan hasrat untuk menuntut r0yalti lagu-lagu dihasilkannya yang sudah lebih 20 tahun tidak diterima.
Dalam pada itu, Radhi menjelaskan, sejak k0ntrak bersama syarikat rakaman EMI tamat pada 2006 dan syarikat rakaman itu ditutup, akaunnya secara tidak langsung dibekukan.
Klik untuk gambar besar
Menurutnya lagi, dia menyokong penuh hasrat Radhi yang ingin menuntut hak pada semua lagu dihasilkannya selama aktif bersama OAG, namun perlu ada perancangan yang teratur dan mengikut undang-undang.
"Sebagai bekas anggota OAG, saya melihat Radhi adalah OAG dan OAG adalah Radhi. Kumpulan ini adalah perjuangan Radhi. Jadi, kalau dia mahu pertahankan hak pemilikan lagu dan bayaran r0yalti, itu antara dia dengan penerbit.
"Sebenarnya saya juga sudah lama bercakap mengenai soal ini kepada Radhi. Sekarang, semua tind@kan ingin diambil terpulang kepada Radhi sendiri sama ada dia sanggup keluarkan kos untuk dapatkan nasihat undang-undang dan guaman," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment