09 December 2024

"PENDERA PANDAI..." - SHILA AMZAH TEGAS LELAKI PAN4S BARAN, KAKI PUKUL TAK AKAN PERNAH BERUBAH



"Saya dah cakap banyak kali, kaki pukul tak akan pernah berubah. Orang yang kaki pukul ini tak akan berubah sama ada muka hensem atau tak.

"Jangan biarkan anda dikaburi fizikal mereka terutamanya bila anda tahu dia ada sejarah pernah pukvl bekas kekasih mahupun sebelum berkahwin ataupun sekadar jadi kekasih. Lari."

Demikian kata penyanyi Shila Amzah dimana dia men£gaskan lelaki yang panas baran serta kaki pukul tidak akan meninggalkan tabiat itu dengan mudah.

Shila berkongsi pendapatnya itu menerusi Insta Story, yang turut dilihat memuat naik semula video temu bual pelakon Zahnita Wilson yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Shila turut menitipkan nasihat agar tidak mudah tert1pu dengan mana-mana lelaki yang mempunyai sejarah memukul wanita.

Ujar Shila lagi, lelaki kaki pukul bijak meman1pulasi pasangan untuk kekal setia bersama mereka serta cenderung membuatkan pasangan hilang kawan untuk bergantung pada mereka.

"Sesetengah orang akan kekalkan hubungan dengan pendera sebab selalu ingat tiada jalan keluar. Pendera pandai, dia akan buat anda buang semua kawan seterusnya bergantung 100 peratus kepadanya

"Ketika baik, memang dia akan layan anda seperti seorang puteri. Tapi bila datang gila dia, masa itu mental dan fizikal anda akan didera lagi dan ianya akan berlarutan," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: