10 December 2024

"KAMI PERCAYA SISTEM KEHAKIMAN... DENGAN HARAPAN AKHIRNYA DAPAT BERSIHKAN NAMA KAMI" - VIVY YUSOF



"Kami perlu mengambil sedikit masa untuk memproses apa yang telah berlaku. Susulan siasatan selama sebulan oleh SPRM, kami dimaklumkan pada hari Khamis mengenai tuduhan terhadap kami berkenaan satu transaksi pada tahun 2018.
"Kami tidak dapat mengulas lanjut mengenai kes ini, namun kami akan terus memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang proses ini. Kami percaya sistem kehakiman akan membawa penyelesaian kepada kes ini dengan harapan akhirnya dapat membersihkan nama kami."

Itulah ujar pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof yang akhirnya memuat naik kenyataan selepas berdepan pertuduhan dakwaan p£cah amanah membabitkan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Vivy menerusi satu kenyataan di Instagram, berkata, dia dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar menaruh kepercayaan kepada sistem kehakiman, sekaligus membersihkan nama mereka.

Dalam pada itu, tutur Vivy lagi, dia dan suami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada mereka.

Pada Khamis lalu, Vivy dan suaminya itu mengaku tidak bersal@h di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan Khazanah serta PNB berjumlah RM8 juta, enam tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: