10 December 2024

KINI TUNAI UMRAH - DATUK SERI VIDA WAKILKAN KACAK TURUN PADANG AGIHKAN BANTUAN RM200,000 BUAT M4NGSA BANJIR DI KELANTAN



"Alhamdulillah Hero mama Kacak. Wakil mama untuk turun memberi sumbangan untuk rakyat Kelantan. Walaupun mama jauh, mama sentiasa doakan semoga semua yang terkesan dengan banjir kali ini dipermudahkan segala urusan.

"Kali ini saya memperuntukkan hampir Rm200,000 untuk membeli barang keperluan & makanan," kata usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dimana dia tampil menghulurkan bantuan RM200,000 untuk membeli barangan keperluan serta makanan buat mangsa banjir di Kelantan.

Vida yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram, berkata, anak lelakinya iaitu Kacak mewakili dirinya untuk mengagihkan bantuan berkenaan kerana difahamkan, usahawan itu kini sedang mengerjakan ibadah umrah.

Klik untuk gambar besar

Sementara itu, melihat pada video yang dikongsikan, Vida sempat membuat panggilan video mendoakan agar dipermudahkan urusan anaknya itu dalam mengagihkan bantuan.

"InsyaAllah kita cuba bantu dengan sedaya upaya dalam bentuk bantuan makanan dan wang kita bagi juga untuk fasa pertama. Dan ada juga pasca banjir selepas ini," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: