21 December 2024
"KEADILAN BUAT ALONG... BERTAHANLAH SAYA BERJANJI AWAK AKAN KELUAR & KITA AKAN HIDUP BAHAGIA BERSAMA" - ISTERI ALONG CHAM
Semua sedia maklum mengenai pelawak dan pelakon Along Cham atau nama sebenar, Muhammad Nizamuddin Ahmad, 41, dimana pagi semalam, dia didakwa dengan dua pertuduhan miliki g@nja di dua mahkamah berasingan di sini, masing-masing membabitkan g@nja seberat 58.23 gram dan 2.07 gram.
Berhubung itu, isteri kepada Along iaitu Afreena Suhaimi, 32, yang juga kakitangan Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan di sebuah syarikat penerbangan itu turut men£gaskan, dia tetap mempercayai suaminya.
"Saya akan terus berjuang untuk suami saya. Saya tahu suami saya macam mana orangnya. Saya juga harap akan ada berita baik untuk suami dan keluarga kami. Saya akan kuat dan tahu Along juga seorang yang tabah.
"Saya hargai anda semua. Saya cuma nak kalian tolong doakan suami saya mendapat keadilan seperti yang diharapkan. Justice For Along (keadilan buat Along)," ujarnya menerusi sesi live di Instagram.
Dalam pada itu, Afreena yang memperincikan kronologi rumah mereka didatangi beberapa anggota polis pada 14 Disember lalu dalam hantaran lain itu mengakui berdepan mas@lah 'anxi£ty' (ker£sahan) mengenang nasib suami yang kini ditah@n susulan dua pertuduhan memiliki g@nja.
"Saya 'anxi£ty' sekarang ini. Isteri mana yang tidak sus@h hati apabila suami dalam situasi macam ini. Sudah tentu saya akan penat dengan situasi yang berlaku ketika ini, tetapi, saya perlu kuat untuk anak-anak.
"Apa yang jadi sekali pun, saya perlu hadapi situasi ini," katanya ketika ditemui media di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, dimana dia berjanji akan sentiasa berada di sisi suami untuk memberikan semangat, selain mahu terus kuat dan melaw@n kepenatan yang dirasai demi memperjuangkan nasib suaminya itu.
"Untuk k£s ini, saya cuma mahu semua orang tahu, Along Cham atau Muhammad Nizamudin Ahmad tetap suami saya. Saya akan sentiasa dengannya dalam apa juga keadaan. Saya akan berjuang dengan dia. Saya akan mempertahankan hak dia. Tiada isteri yang hendak lihat suami j@tuh dan dalam kes@kitan.
"Biy (Along), saya tahu perasaan kamu saat berada di dalam. Bertahanlah, saya berjanji awak akan keluar dan kita akan hidup bahagia bersama," tuturnya yang bersedih atas apa yang berlaku.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment