"Giliran kami pulak dapat dato di hospital Aurelius Pahang, Kuantan Pahang. Tahniah Datuk Ijoy Azhari. Selempang dah sama dengan jalanraya 🤣🤣🤣
"Haaa Allah bagi rezeki Datuk.. ambik.. sapa suh kawin ngan aku dah dapat dato. Orang lain ambik dato kat istana kami di Spital (hospital)... steady.."
Itulah tulis pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah yang berkongsikan khabar gembira menerusi Instagram dimana dia kini sudah bergelar nenek selepas anak sulungnya, Tallisya selamat melahirkan anak pertamanya.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian Shiera itu mendapat pelbagai reaksi dimana rata-ratanya terhibur dengan gelagat pasangan ini, selian turut mengucapkan tahniah kerana menimang cucu sulung.
Untuk makluman, Tallisya merupakan anak hasil perkahwinan Shiera bersama bekas suami iaitu penyanyi Jatt Ali atau dikenali Jatt Black Dog Bone.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment