Pasangan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri, 37, dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 39, serta Wawa Zainal dan suaminya, Aeril Zafrel baru-baru ini telah membayar zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) dalam satu majlis yang berlangsung di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Shah Alam.
"Bukan niat nak meri@k atau bangga diri. Tetapi sesungguhnya ia bertujuan sebagai pemangkin atau memberi semangat kepada individu atau Syarikat yang mempunyai lebihan pendapatan untuk sama-sama memberi zakat buat mereka yang sangat sangat memerlukan.
"Ingat keberkatan setiap sen yang mengalir itu sangat must@hak. Justeru marilah menyumbang kepada Lembaga Zakat di atas setiap hasil keuntungan yang kita jana.
"Alhamdulillah selesai sudah menyempurnakan majlis penyerahan zakat pagi tadi di Wisma PKPS Shah alam. Semoga apa yang kita sumbangkan ini mampu membantu sedikit sebanyak insan yang memerlukan," ujar isteri Aliff Syukri itu.
Klik untuk gambar besar
"Doakan supaya perniagaan semakin maju dan lebih banyak duit yang boleh saya berikan untuk zakat perniagaan saya, amin amin ya Rabbal alamin. Tq Zakat Selangor mempermudahkan kerja saya saya dan telah mengajukan masjid ini untuk menghargai kami semua ambil amin ya Rabbal," tulisnya.
Dalam pada itu, Aliff meluahkan rasa syukur dapat melunaskan tanggungjawab dengan membayar zakat serta berdoa agar perniagananya semakin maju agar dapat memberikan lebih lagi kepada pihak zakat.
Sementara itu, Wawa dan Aeril turut menunaikan tanggungjawab sebagai usahawan Muslim dengan menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta kepada LZS, sekaligus menjadi contoh inspirasi kepada masyarakat sekali lagi.
Menurut Wawa, zakat yang dikeluarkan melalui syarikat mereka, Wawa Cosm£tics itu diharap dapat membantu golongan yang memerlukan.
"Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan. Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesus@han," katanya.
Sementara itu, Aeril berkata, zakat yang dibayar bagi memastikan perniagaan yang diusahakan sentiasa diberkati.
"Sebagai usahawan, kami ingin memastikan perjalanan perniagaan kami sentiasa diberkati. Dengan menunaikan zakat, ia bukan saja menunaikan kewajipan agama tetapi juga memberi kami ketenangan dalam mencari rezeki," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment