20 December 2024

"PROGRAM (GEGAR VAGANZA) YANG MEMILIKI FORMAT PERTANDINGAN MEM4LUKAN... KENAPA MAHU MERENDAHKAN ARTIS" - MAN BAI



"Saya tak mahu beri sokongan terhadap program yang memiliki format pertandingan mem@lukan artis bertanding. Jadi, saya tak ambil tawaran untuk segmen lagu duet itu ketika dihubungi baru-baru ini.

"Pada saya, kenapa mahu merendahkan artis? Kita tengok contohnya penyanyi Inka Christie yang dah menang pelbagai anugerah termasuk di Asia Pasifik, boleh tersingkir.

"Tidak logik dia tersingkir sebagai penyanyi berpengalaman, vokal pun bagus dan dikenali ramai terutama di Indonesia yang ada lebih 230 juta penonton, pasti tiada siapa yang tak kenal Inka Christie?

"Jadi, maksud saya jangan main permainan begini, saya tidak suka. Kalau kita mahu cari bakat, biar cara yang betul. Penilaian pada vokal itu yang utama."

Demikian kata penyanyi Man Bai atau nama sebenarnya, Abdul Rahman Osman, 57, dimana dia tidak berminat terbabit dalam program Gegar Vaganza (GV) kerana menyifatkan format pertandingan nyanyian itu mem@lukan penyanyi.

Pernah ditawarkan sebagai penyanyi jemputan baru-baru ini, namun membuat keputusan menolaknya, Man Bai juga turut memp£rtikaikan kredibiliti ketua juri, Datuk Ramli MS apabila tidak menobatkan penyanyi Liza Aziz sebagai peserta terbaik pada konsert minggu keempat, Ahad lalu.

Klik untuk gambar besar

"Ronnie Hussein menang minggu lalu kerana Ramli kata sudah selalu beri kemenangan kepada Liza. Kenapa macam itu? Kalau betul Liza layak menang, mengapa t@kut berikan (kemenangan) itu kepadanya?

"Bagaimana pula dengan usaha dilakukan Liza sebelum ini sampai beri dia tempat ketiga? Kalau dalam hati anda betul-betul seorang juri dan mahu beri kemenangan kepada yang layak, beri sajalah," ujar penyanyi lagu 'Kau Ilhamku' itu.

Ulas Man Bai lagi, dia mendapati Liza layak menang sebab tiada orang boleh menyanyikan lagu 'Sambaria' nyanyian asal Fairuz Hussein sebagaimana penyanyi wanita terbabit dengan 'tone' suaranya boleh turun naik.

"Sebagai otai (Liza), tengok saja pun dah tahu yang berilah lagu apa pun itu kepada dia, semua 'kacang goreng'. Tapi, kalau dia kal@h GV, saya fikir juri-juri itu semua pek@k dan tuli. Maaf cakap.

"Pada saya persembahan Liza sudah mencapai 'standard' antarabangsa dan dia cuma perlukan satu lagu hit sebagai 'signature' kerana teknik nyanyiannya sudah bagus," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: