Nama Siti Saleha hangat diperkatakan apabila tular video memaparkan pelakon itu memakai headband tertulis bride dan didakwa dia bakal menamatkan zaman solo tidak lama lagi.
Melihat pada video yang dikongsikan di Instagram, Saleha menerima kejutan daripada rakan-rakannya di sebuah penginapan.
Berhubung itu, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan tidak sabar untuk menantikan hari bahagia pelakon itu.
Pada November lalu, Siti Saleha mendedahkan dia dan kekasihnya yang juga pereka fesyen ternama tempatan iaitu Joshua Fitton sudah mengikat tali pertunangan.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment