20 December 2024

PEMAIN BASS SPIN, RAYMIE SUDAH BERCERAI SELEPAS 3 TAHUN KAHWIN



"Saya dengan rendah hati ingin memberitahu bahawa hubungan saya bersama Mohd Remmy Abd Razak atau dikenali sebagai Raymie Spin j@tuh talak satu iaitu bain sugra, daripada pihak hakam mahkamah pada 18 Disember 2024.
"Bagi mengelakkan sal@h faham atau fitn@h saya terpaksa 'post' untuk memberitahu kepada umum serta kenalan terdekat. Sebab apa kami berpisah, rasanya tidak perlu saya umumkan lebih-lebih lagi, sekadar yang tahu cukuplah."

Demikian kata bekas isteri pemain bass kumpulan Spin, Raymie iaitu Aryn Naza dimana dia mendedahkan jodoh mereka tidak berpanjangan apabila memutuskan untuk berpisah selepas tiga tahun berkahwin.

Menerusi pendedahan Aryn, mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini, Rabu lalu, selain berkata, berkongsi perkara itu kepada umum bagi mengelakkan timbulnya sal@h faham.

Aryn dipercayai merakam sebelum memuat naik video perkongsian itu di TikT0k sejurus selesai urusan perceraian itu. Dia bagaimanapun enggan membuka mulut mengenai punca perceraian itu.

"Pihak sana masih mengatakan hubungan kami tiada masalah walaupun hampir setahun saya dan dia naik turun mahkamah. Cukuplah dengan apa yang terjadi selama empat tahun saya bersabar dan memberi peluang berulang kali.

"Mohon doakan kami berbaik-baik demi kebaikan anak dan meneruskan kehidupan masing-masing seperti biasa. Maaf sekali lagi saya terpaksa undur diri kali ini," tuturnya yang mendirikan rumah tangga dengan Raymie pada 5 Mei 2021 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua anak perempuan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: