"Tidak (mengaku)," itulah kata pelawak dan pelakon, Along Cham dimana dia mengaku tidak bersal@h sebaik pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.
Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 41, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki dad@h disyaki kan@bis yang ditemui di kediamannya di Cyberjaya, Sabtu lalu.
Mengikut pertuduhan, selebriti itu didakwa memiliki bahan disyaki dad@h berbah@ya jenis kan@bis anggaran berat 58.23 gram di sebuah rumah di Cyber 9, Cyberjaya, dekat sini pada jam 3.10 petang, 14 Disember lalu.
Oleh itu, Along didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dad@h Berbah@ya 1952 yang boleh dihukvm di bawah Seksyen 39A (2) akta sama.
Seksyen itu memperuntukkan hukvman penj@ra seumur hidup atau suatu tempoh tidak kurang daripada lima tahun, dan s£bat maksimum 10 s£batan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin tidak menawarkan sebarang jaminan berikutan kesal@han itu tidak boleh dijamin.
Bagaimanapun, Along merayu jaminan diberikan berikutan mempunyai anak yang akan bersekolah tahun depan.
"Saya merayu jaminan kerana ada anak mula bersekolah," tuturnya yang mempunyai empat anak berusia 4, 5, 7 dan 13 tahun.
Bagaimanapun, Ahmad Fuad tidak membenarkan jaminan berikutan peruntukkan undang-undang mengikut seksyen itu adalah kesal@han tidak boleh dijamin.
"Dah cakap tak boleh jamin, law (undang-undang) kata tak boleh jamin, alasan anak sekolah ke apa, memang law kata tak boleh jamin.
"Kalau boleh jamin dan bergantung kepada mahkamah, boleh saya pertimbangkan untuk bagi jamin. Tapi undang-undang kata tak boleh jamin," katanya yang turut menetapkan sebutan k£s untuk laporan kim1a pada 27 Januari depan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment