20 December 2024
ISTERI ALLAHYARHAM LAN ZAILAN : "SAYA RASA DIALAH LELAKI KIRIMAN TUHAN BUAT SAYA"
"Sangat mudah menjaga abang Lan di hospital. Walaupun anak-anaknya ada bersama, saya minta mereka biarkan saya uruskan ayah mereka sebaiknya. Selama empat tahun kami kahwin, abang Lan seorang yang sangat ceria, manakala saya pemalu.
"Pemergiannya memang satu kehilangan buat saya kerana saya rasa dialah lelaki kiriman Tuhan buat saya," itulah kata isteri kepada pelakon veteran, Allahyarham Lan Zailan iaitu Ruby Sara Omar, 51, sambil menangis.
Untuk makluman, Ruby berkahwin dengan Allahyarham pada 10 Oktober 2020 selepas Allahyarham kem@tian isteri, Hasnah Mohd Taib.
Jenazah Lan Zailan selamat dikebumikan pada jam 11.22 pagi semalam di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini.
Dalam pada itu, kata Ruby lagi, Allahyarham suaminya itu sempat berjumpa dengan kelima-lima anaknya serta saudara dan kenalan rapat sebelum menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.24 pagi, semalam.
Menurutnya, mereka sudah berkumpul di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sejak doktor menyuruhnya memanggil mereka berikutan keadaan kesihatan arwah suaminya itu krit1kal pagi semalam.
"Memang tak sangka tapi semalam (kelmarin) dia (arwah Lan) ada mengadu penat sebab paru-parunya sebelah sudah r0sak, jadi bernafas agak suk@r. Dia tak nak t£buk lagi, jadi tak lama selepas itu dua doktor panggil saya berjumpa dan terangkan keadaan suami saya agak krit1kal dan saya kena panggil ahli keluarga terdekat untuk berjumpa dengannya.
"Pagi semalam (kelmarin) kami semua berkumpul dan berjumpa dengannya, anak-anak semua datang dan rakan artis pun ramai yang datang tengok keadaan dia yang tak berapa bagus. Antaranya seperti Shiela Mambo, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Sharifah Shahira dan ramai lagi," ujarnya yang turut berkata, kehadiran ramai tetamu meng£jutkan suami.
"Bila semua datang pun dia masih tunjukkan dia kuat. Memang ramai ahli keluarga dan rakannya yang datang tapi kami hadkan yang datang melawat itu tapi satu-satu masa. Malah dia juga sempat buat panggilan video dengan Ebby Yus semalam (kelmarin).
"Alhamdulillah anak-anak semua sempat berjumpa sehingga nafas terakhirnya dan kami semua pun sempat minta maaf. Dia juga minta maaf sekiranya ada kawan-kawan yang berkecil hati dengannya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment