19 December 2024

TUNAI UMRAH BERSAMA SUAMI - AZRINAZ MAZHAR HAKIM AKUI BERAT HATI MAHU TINGGAKAN ANAK-ANAK BUAT PERTAMA KALI



"Ini adalah kali pertama saya dan suami berpisah dengan anak-anak semenjak mereka dilahirkan 5 tahun lalu. Sejujurnya ia bukan keputusan yang mudah bagi saya untuk meninggalkan mereka apatah lagi mereka tidur bersama kami setiap malam.

"Memang niat untuk ke Kota Suci Makkah sejak selepas PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) tamat tapi apakan daya saya belum kuat untuk meninggalkan mereka yang masih kecil. Kali terkahir kami mengerjakan ibadah Umrah pada 2019 ketika Malaykha dalam kandungan 4 bulan.

"Insya-Allah kali ini saya kuatkan hati, tawakal dan serahkan kesemua urusan anak-anakku dalam penjagaan Allah S.WT. Kerana ini adalah panggilan dariNya yang tidak dapat ku lepaskan.

Klik untuk gambar besar

"Sesungguhnya apa yang akan dan tidak berlaku adalah kehendakNya. Kami mengambil peluang ini untuk memohon maaf atas segala kekurangan, terkas@r bahasa, mohon halal segala-galanya. Semoga Allah makbulkan segala doa kita." Demikian kata bekas personaliti televisyen (TV), Azrinaz Mazhar Hakim yang kini sedang menunaikan ibadah Umrah bersama suaminya, selain mengakui pada mulanya, dia berasa berat hati mahu meninggalkan anak-anaknya.

"A journey to unlock the gates of mercy, forgiveness, and blessings also an opportunity to reset your spiritual compass and find yourself closer to Allah 🕋," tulisnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: