19 December 2024

DAKWA BEKAS ISTERI KELUAR KENYATAAN BERBAUR FITN4H - JAY ISWAZIR HANTAR N0TIS TUNTUTAN



Susulan tind@kan yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitn@h, pelakon Jay Iswazir, 42, sudah menyerahkan n0tis tuntutan kepada bekas isterinya, Fatimah Azzahra Ahmad.
Jay menyerahkan n0tis tuntutan itu menerusi peguamnya, Tetuan Chambers Of Aminahtul Mardiah hari ini.

Menerusi kenyataan dikeluarkan, Jay juga meminta bekas isterinya itu membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya bermula tarikh n0tis tuntutan dikeluarkan iaitu pada 19 Disember 2024.

"Sekiranya Azzahra enggan berbuat demikian dalam tempoh tujuh hari, Jay akan memfailkan tuntutan di mahkamah dan bertindak menuntut ganti rugi," katanya.

Difahamkan, n0tis itu dikeluarkan Jay terhadap Azzahra berhubung kenyataan bekas isterinya di Instagram baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, Azzahra mendakwa bekas suaminya itu ada mengasarinya dalam tempoh tiga bulan perkahwinan serta did£sak untuk menggugurkan kandungan.

Bukan itu sahaja, Azzahra juga mendakwa Jay culas dalam membayar nafkah selama tempoh dia menjadi isteri.

Untuk makluman, Jay dan Azzahra mendirikan rumah tangga pada Mac 2022, sebelum mengumumkan perceraian mereka pada 30 November lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: