Pada jam 11.22 pagi tadi, jenazah pelakon Lan Zailan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin telah pun selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ 22, di sini.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid As-Salam Puchong Perdana untuk disolatkan sebelum dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan.
Difahamkan, lebih 500 orang terdiri daripada ahli keluarga dan rakan artis antaranya Ellie Suriaty yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, isteri Allahyarham iaitu Ruby Sara Omar, 51, memberitahu, selepas kans£r mer£bak ke hati dan paru-paru, doktor meramalkan jangka hayat arwah suaminya itu hanya tiga bulan.
Selepas 23 hari menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Lan menghembuskan nafas terakhir pada jam 4.20 pagi, hari ini akib@t kans£r pankreas tahap empat.
Semalam, Ruby Sara memaklumkan, arwah suaminya itu dalam keadaan krit1kal dan meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat arwah Lan.
Ujar Ruby Sara, dia turut memberitahu ahli keluarga sudah reda dan bersedia dengan sebarang kemungkinan.
Allahyarham mempunyai lima anak hasil perkahwinan dengan arwah isterinya, Hasnah Mohd Taib dan lapan cucu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment