19 December 2024

"SAYA NAK ANAK-ANAK TERUSKAN PERJUANGAN SAYA (SKOP PRODUCTIONS)..." - YUSOF HASLAM SIFATKAN KEPULANGAN SYAMSUL PENUTUP & KENANGAN TERINDAH TAHUN INI



Semua maklum mengenai pengarah dan pelakon Syamsul Yusof dimana dia kini sudah pun pulang kepangkuan keluarga tercintanya dan berhubung itu, bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam menyifatkannya sebagai penutup dan kenangan terindah tahun ini.

"Dengan saya dia baik, dengan emaknya pun sama. Malam tadi (kelmarin) dia balik makan masakan air tangan emaknya. Sambil-sambil itu kami berbual. Syamsul kata walaupun dia dah buat filem dengan penerbit lain, dia tetap buat filem dengan saya. Tapi bukanlah sekarang kerana dia terlalu sibuk.

"Dia akan balik buat dengan Skop Productions. Saya kata terpulang pada dia kerana yang paling penting sekali ialah hubungan antara anak dengan ayah. Tapi kalau boleh jangan tinggalkan Skop Productions tempat dia dilahirkan, bapanya berjuang berpuluh-puluh tahun.

"Jadi, saya nak anak-anak teruskan perjuangan saya macam mana Syafiq lakukan," katanya yang juga tidak menghalang anak-anaknya mengarah filem dengan penerbit lain untuk mencari pengalaman.

Klik untuk gambar besar

"Cuma hubungan kami sebagai keluarga jangan rOsak, itu yang paling penting bagi saya. Syamsul pun kelmarin peluk kami berdua dan saya gembira terutama sekali emaknya.

"Emak mana, apa sekalipun anak buat, dia tetap akan maafkan anaknya dan tak akan lupakan anaknya. Sebagai bapa pula, kadangkala saya gar@ng tapi itu hanya pada cakap saja. Saya halalkan apa saja sebab sayangkan anak.

"Alhamdulillah. Saya doakan mudah-mudahan anak-anak saya berjaya. Kalau gag@l jangan patah semangat," ujar Yusof yang turut berkata, apa yang Tuhan berikan kepada mereka dan Skop Productions termasuk bakat Syamsul dan Syafiq di luar jangkaannya.

"Banyak yang buat filem ada yang sukses dan ada tidak. Tapi mereka banyak yang sukses. Itu datang dari Allah SWT. Bukan kerana kami bagus. Ini semua kami mencuba yang terbaik tapi rezeki Allah yang tentukan," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: