"Allah itu maha adil. Dia sudah menyusunkan takdir kita sebaiknya. Walaupun saya masih tidak diberikan rezeki anak, tetapi Allah bagi saya hubungan rumah tangga yang tenang.
"Saya dapat tengok, Allah dah bagi semua. Sal@h satu di antaranya, sepanjang 10 tahun perjalanan saya dengan suami (dalam rumah tangga), cerita yang betul adalah saya tak pernah dimar@hi oleh suami.
"Malah, kami tidak pernah berg@duh besar. Tapi, bila saya berjumpa dengan kawan-kawan ada yang meluahkan mereka berg@duh dengan suami, tak bercakap dengan anak. Saya pula tak ada pengalaman itu."
Ujar pelakon Siti Elizad, 40, dimana dia berkata, walaupun masih tidak dikurniakan anak, tapi Allah sudah memberikan kehidupan yang baik dalam rumah tangganya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman.
Klik untuk gambar besar
"Sebenarnya, saya sudah lama menyiapkan bilik untuk anak-anak di rumah dengan kelengkapan katil bertingkat sebab fikir akan ada anak ramai nanti, sepanjang 10 tahun ini. Namun, hingga kini impian saya memiliki anak sendiri belum dimakbulkan oleh Allah dan saya buat keputusan memberikan katil itu kepada kawan-kawan.
"Saya tidak mahu berterusan rasa sedih," katanya yang sebelum ini pernah menjalani rawatan kesuburan in-vitro (IVF) pertama pada Februari 2020 dan kemudian dia disahkan mengalami keguguran pada November tahun yang sama.
Elizad kemudiannya sekali lagi memaklumkan dia kembali menjalani rawatan IVF kali kedua pada Mac 2022 sebagai usaha berterusan untuk mendapatkan cahaya mata, namun belum rezeki lagi apabila keguguran juga.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment