08 December 2024
KINI STABIL, SEMAKIN BAIK - ISTERI KATA BOLEH LAWAT LAN ZAILAN TAPI JANGAN RAMAI SAMPAI TERG4NGGU
"Setakat ini, nampaklah perubahan pada kesihatan suami saya selepas doktor t£buk di belakangnya pada minggu lalu bagi memasukkan tiub untuk keluarkan air dari paru-paru. Suami saya juga dikesan ada masalah paru-paru berair. Alhamdulillah pernafasan dia sudah makin lancar, cuma tak boleh bercakap banyak sangat sebab cepat rasa penat."
Demikian jelas isteri pelakon Lan Zailan, 66, iaitu Ruby Sara Omar, 51, dimana dia memaklumkan, keadaan kesihatan suaminya itu ketika ini menunjukkan perubahan yang baik dan stabil selepas 12 hari dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akib@t kans£r pankreas tahap empat sejak 27 November lalu.
Dalam pada itu, isteri Lan atau nama sebenarnya, Zailan Kamaruddin, berkata, dalam beberapa hari ini, suaminya juga menerima kunjungan ramai di hospital sehingga bantuan oksigen digunakan menurun sekali gus pernafasannya terg@nggu kerana penat.
"Jadi, kepada sahabat-sahabat dan saudara-mara yang ingin datang melawat abang Lan, saya mohon kerjasama semua untuk tidak masuk ke wad terlalu ramai agar dia tidak s£sak seperti sebelum ini.
"Ia juga bagi mengelakkan suami tidak terlalu kepenatan sehingga bantuan oksigennya menurun. Apapun, saya sangat berterima kasih kepada kalian semua yang datang memberikan sokongan moral dan semangat kepadanya.
"Saya amat terharu, namun mohon maaf juga. Malah, saya berterima kasih di atas doa-doa yang tidak putus dititipkan buat suami saya. Semoga Allah membal@s kebaikan dihulurkan kalian semua buat kami sekeluarga," katanya.
Disamping itu, ujar Ruby, dia reda dengan ujian kesihatan dialami suaminya sekarang yang selama ini memang sihat dan tidak pernah s@kit, malah jarang dis£rang demam, batuk dan selsema.
"Cuma, disebabkan batuk berpanjangan dialami sejak Oktober lalu akhirnya suami saya melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk kenal pasti punca batuk itu dan kami terk£jut doktor sahkan dia menghidap kans£r pankreas tahap empat.
"Memang tak ada apa-apa tanda pun sebelum ini yang menunjukkan suami saya ada kans£r pankreas. Tapi, inilah namanya ujian dan dugaan yang Allah sudah tetapkan untuk kami hadapi," tuturnya.
Baru-baru ini, Lan yang mempunyai lima anak hasil perkahwinan dengan arwah isterinya, Allahyarham Hasnah Mohd Taib dan lapan cucu, dimaklumkan menghidap kans£r pankreas tahap empat dan dijangka hidup selama tiga bulan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment