Semua sedia maklum mengenai pelakon Nora Danish yang kini sudah berhijrah apabila tampil berhijab dan menutup aurat.
Berhubung itu, Nora meluahkan rasa syukur diberikan hidayah untuk berubah ke arah lebih baik dengan mendekatkan diri kepada Allah.
Kongsi Nora, dia masih ingat lagi momen dimana dia mahu berubah kerana tidak suka dengan kehidupan lamanya serta bersungguh memohon doa kepada Allah.
Dalam pada itu, Nora berkata, individu sekeliling termasuk rakan-rakan turut memainkan peranan penting apabila mengajaknya untuk menyertai majlis ilmu.
"Saya percaya perubahan ini adalah untuk Allah. Dia yang gerakkan hati saya. Kawan-kawan juga memainkan peranan penting terutama Betty Rahmat yang tidak pernah jemu mengajak saya ke majlis ilmu meskipun saya rasa sangat j@hil ketika itu.
Klik untuk gambar besar
"Satu tahap, masuk usia 40 tahun, saya dah mula tak suka dengan kehidupan lama," ujarnya yang turut memberitahu, dia seolah merasakan ada sesuatu yang hilang serta kekosongan dalam hati yang mendorongnya untuk berubah.
"Sebelum ini, saya fikir kehidupan lama itu adalah satu-satunya pilihan. Berparti dan pelbagai aktiviti lain terasa biasa tetapi dalam hati, ada sesuatu yang hilang.
"Saya mula membaca satu zikir yang mengajar tentang mencintai Allah. Setiap hari saya baca, solat, dan berdoa sambil menangis meminta kepada-Nya. Alhamdulillah, perlahan-lahan Allah bukakan pintu hati saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment