08 December 2024

"SAYA BERHENTI MEROKOK SEJAK KEMATIAN ADIK PADA APRIL LALU" - HATTAN AKUI BERAT BADAN NAIK 4KG, KESIHATAN SEMAKIN BAIK



Penyanyi Datuk Hattan mendedahkan sejak dia membuat keputusan berhenti merokok beberapa bulan yang lalu, berat badannya semakin bertambah empat kilogram (kg).
Kata Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 59, kesihatannya semakin baik, malah staminanya juga bertambah k£san daripada berhenti merokok.

"Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan Alhamdulilah sejak hari ini tak hisap rokok, 2 minggu pertama berhenti tu memang gigil tapi sekarang okay.

"Bila nyanyi dapat kawal pernafasan dengan baik dan dapat nyanyi lagu key tinggi jadi memang seronok," kata Hattan yang menjelaskan, dia n£kad dan berdoa untuk berhenti merokok sebaik saja pemergian adiknya Allahyarham Mohd Hatta pada April lalu.

"Adik saya kuat hisap rokok boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari tapi bukan saya katakan puncanya sebab rokok, tiap-tiap hari doa untuk henti rokok selepas adik meninggal," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Hattan bakal mengadakan konsert Hitam Manis bersama Black Hanifah dan Hazama di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: