08 December 2024
AL-FATIHAH - ASPALELA ABDULLAH DIJEMPUT ILAHI
Penyanyi veteran, Aspalela Abdullah, 79, dilaporkan telah terjatuh dalam bilik air di rumahnya dan meninggal dunia kira-kira jam 10 pagi, hari ini, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Cucu kepada arwah Aspalela iaitu Puteri Wan Nur Izzati Azhari, 30, berkata, Allahyarham neneknya itu memang kurang sihat sejak beberapa bulan lalu akibat faktor usia dan tidak menghidapi sebarang penyakit kronik.
"Nenek disedari jatuh dalam bilik air pada jam 8.30 pagi dan kami sekeluarga terus hubungi ambulans. Arwah disahkan meninggal dunia kira jam 10 pagi ini ketika dalam perjalanan ke HKL.
"Keadaan kesihatan nenek memang dah merosot sejak beberapa bulan lalu. Arwah pun sudah lama tidak menyanyi kerana keluarga mahu dia berehat saja di rumah," katanya.
Menurut cucunya lagi, arwah Aspalela memang tinggal dan dijaga oleh ibunya juga anak kedua Allahyarham, Raja Nur Hanisah, 54, sejak dia masih kecil dan kini berusia 30 tahun.
Difahamkan, jenazah Aspalela disolatkan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi Taman Melati, di sini, dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah, Taman Ibu kota selepas solat Asar.
Allahyarham yang juga balu kepada pelawak dan pengarah, Allahyarham Raja Ismail Raja Saat itu meninggalkan dua anak dan tiga orang cucu.
Sudah enam dekad berada di dalam industri hiburan, Allahyarham adalah figura yang cukup dikenali dalam genre irama Melayu asli.
Arwah Aspalela yang pernah menghasilkan album 'Joget Cari Makan' diterbitkan Omar Taib pada 1991 itu cukup dikenali dengan lagu 'Payung Mahkota' dan 'Titian Kasih Ke Syurga'
Album itu dianggap oleh Allahyarham sebagai 'album cari makan' kerana lagu-lagu dimuatkan di dalamnya sering dinyanyikan Aspalela dalam setiap undangan persembahan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment