08 December 2024

ISU RUMAH TANGGA, STATUS TERKINI - LIA AZIZ PILIH 'KUNCI MULUT'



Penyanyi Lia Aziz, 21, nampaknya masih 'mengunci mulut' walaupun diasak ramai pihak mengenai sp£kulasi rumah tangganya bermas@lah mahupun status sebenar terkini perkahwinannya.
Kata Lia atau nama sebenarnya, Nor Alia Farzana Abdul Aziz, dia memilih untuk tidak menghiraukan kata-kata termasuk pelbagai andaian mengenai hubungannya dengan suami, Arash Azimi juga anggota kumpulan Tree Hill.

"Siapa yang tahu, maka begitulah. Tetapi kami tidak mahu bercakap apa-apa. Ramai yang bertanya sebab timbul sp£kulasi. Biarlah apa orang lain nak kata. Kami pun tidak peduli jika ada yang bertanya.

"Kami tiada mas@lah pun duduk bersebelahan. Hubungan kami baik-baik sahaja. Sekarang pun saya sudah menjadi vokalis kumpulan Tree Hill. Jadi kami akan selalu bersama.

"Cukup sekadar kami dan keluarga sahaja yang tahu," kata penyanyi 'Kucu Kuca' itu dimana dia tidak terfikir untuk berkongsi butiran hubungan mereka bagi menjawab segala sp£kulasi liar mahupun pihak yang mahukan kepastian.

"Setakat ini tak fikir lagi. Kami cuma 'go with the flow'. Kalaulah misalnya perkara itu jadi melarat atau apa-apa, mungkin kami akan cakap sesuatu. Tapi, buat masa ini, tak ada apa-apa (nak diumumkan)," ujarnya.

Status rumah tangga Lia dan suaminya itu mula menjadi tanda tanya apabila tidak lagi berkongsi gambar bersama di sosial media.

Sementara itu, Lia dan Arash yang berkahwin pada 23 Julai 2022, memberitahu hubungan mereka masih baik, namun tidak mahu menjawab mengenai status rumah tangga itu.

Dalam perkembangan lain, mengenai karier muzik pula, kumpulan Tree Hill baru sahaja melancarkan lagu berjudul 'Rasa' sekali gus memperkenalkan Lia sebagai ahli mereka.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: