08 December 2024

ANAK PECAH REKOD ASWARA - DHARMA RASA GEMBIRA & SEBAK



Pelakon Dharma Harun Al-Rashid telah berkongsi perasaan gembira apabila anak keduanya, Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35, mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Anak lelaki Dharma itu berjaya meraih Anugerah Graduan Terbaik Fakulti pada Konvokesyen Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) ke-19 pada 1 Disember lalu.

Kata Dharma, paling membanggakan apabila Syafiq yang merupakan graduan Pengajian Asasi Seni Kreatif Sesi Akademik 2023/2024, berjaya memecah rekod Aswara sendiri.

"Sebak dan sukar digambarkan apabila tengok detik anak naik atas pentas kali kedua, terima sijil dan dapat hadiah. Sepanjang sejarah penubuhan Asasi di Aswara tidak ada pelajar yang pernah score 4 flat di Asasi. Anak saya berjaya melakukannya sebanyak dua kali. Saya sebenarnya tak jangka anak saya boleh sampai tahap ini.

"Tahun lepas kakaknya, Siti Qurratu Aini, 36, jadi pelajar terbaik Pengajian Asasi Seni Kreatif Sesi Akademik 2022/2023. Tahun ini Syafiq pula. Dua tahun berturut-turut anak saya 'sapu' (dapat). Jadi saya hilang kata-kata sebab sebenarnya saya tak tahu yang mereka ini nak kata pandai itu, sampai ke tahap ini," katanya.

Menurut Dharma lagi, semasa dia dalam situasi berduit, kedua-dua mereka menyuarakan hasrat mahu belajar untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf.

"Selama ini mereka ada kemahiran tapi tak diiktiraf. Saya fikir okeylah saya pun berduit, jadi mereka pun pergilah belajar. Mulanya si kakak ambil penulisan skrip filem dan TV, kemudian yang adik pula ambil pengarahan filem. Saya pula tak benarkan mereka tinggal luar dan tinggal dengan saya. Saya akan hantar mereka pergi kelas. Tapi saya tak adalah ajar mereka kerana mereka belajar sendiri.

"Dari semester satu hingga tiga mereka dapat semua A tiada E atau lain-lain. Saya pun terk£jut. Apa yang mereka belajar saya tengok. Dalam kereta mereka belajar dan saya bantu mana yang patut. Akhirnya mereka 'menjadi'," ujarnya yang juga berkata, kedua-dua anaknya belajar ilmu yang pernah dicurahkan olehnya kerana terbabit dalam program terbitannya, Deko Ibadah.

"Yang kakak saya ajar buat skrip filem dan TV. Syafiq pula jadi pengarah. Maknanya mereka menggantikan saya. Saya tengok kejayaan mereka sambil mengalir air mata. Ramai pensyarah dan Dekan suruh Syafiq lompat buat Master. Maknanya ijazah satu semester sahaja lepas ini ada buka Master, mereka suruh lompat terus buat Master," tuturnya.

Terdahulu, Siti Qurratu Aini dan Muhammad Al Syafiq dikecam teruk oleh netizen kerana menyambung pelajaran pada usia yang lewat sedangkan keadaan kesihatan bapa mereka tidak mengizinkan dan tidak mempunyai pendapatan tetap.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: