24 December 2024

KINI STABIL - ZUL A.C.A.B DIBENARKAN PULANG KE RUMAH ESOK



Keadaan pemain dram kumpulan, A.C.A.B iaitu Zul yang dilaporkan kini semakin bertambah baik ketika ini, malah sudah dibenarkan untuk pulang ke rumah esok selepas dirawat di Wad Pemulihan Koronari (CRW) Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Alhamdulillah, keadaan Zul, drummer A.C.A.B semakin bertambah baik sekarang ini. Terima kasih buat semua yang telah membantu menziarahi dan bertanyakan khabar. Semoga Allah membal@s jasa baik kalian.

"Insya-Allah, Zul sudah boleh pulang ke rumah esok dan dia perlu banyak berehat buat masa ini.

"Marilah kita sama-sama doakan kesembuhan buat Zul agar dia dapat kembali sihat seperti sedia kala," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram (IG) kumpulan itu

Terdahulu, Zul yang sedang bermain dram tiba-tiba r£bah dan tidak sedarkan diri selepas kira-kira 30 minit A.C.A.B memulakan persembahan sempena Konsert A.C.A.B 30th Anniversary di Zepp Kuala Lumpur, baru-baru ini.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: