24 December 2024

DAKWAAN TAK PERNAH BAYAR PINJ4MAN MARA - CHE TA TAMPIL NAFI



"Sila betulkan kenyataan anda atau tolong dapatkan berita sahih. Satu hari nanti saya akan buat kenyataan sebenar-benarnya!"
Itulah ujar pelakon sens@si, Rozita Che Wan dimana dia meminta membetulkan kenyataan yang mendakwanya tidak pernah membayar pinj@man daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara) sejak 2017.

Rozita atau mesra disapa Che Ta yang berkongsi perkara itu menerusi Instagram (IG), memberitahu, dia akan mengeluarkan kenyataan suatu hari nanti.

Dalam hantaran sama, Rozita turut memuat naik laporan dipercayai daripada berita mendakwa dirinya tidak pernah membayar pinj@man berkenaan sejak 2017.

Sementara itu, media melaporkan lel0ngan barangan milik Rozita yang sepatutnya diadakan hari ini ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.

Wakil peguam Mara yang enggan dikenali dilapor memaklumkan, lel0ngan ditunda selepas Mahkamah Sesyen Petaling Jaya membenarkan permohonan Rozita selaku defendan untuk menangguhkannya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: