"Alhamdulillah, ini adalah hadiah paling bermakna dalam hidup saya. Setiap detik dilalui untuk mencapai momen penuh dengan cab@ran dan harapan dan akhirnya, Allah kurniakan amanah ini buat saya dan suami.
"Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang mendoakan kesejahteraan serta memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi selama ini."
Demikian kata penyanyi dan pelakon, Nabila Razali yang berkongsi rasa kesyukuran selepas selamat bersalin anak sulungnya di sebuah pusat perubatan di sini, semalam.
Berita gembira tersebut disahkan wakil pengurusan Nabila Razali Enetrtainment dalam satu kenyataan, dimana mereka memaklumkan Nabila melahirkan bayi lelakinya dengan kaedah pembedahan jam 10.01 malam.
Klik untuk gambar besar
Walaupun sibuk dengan kerjaya seni, Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, 32, kini mengambil masa untuk memberi tumpuan kepada keluarga serta fasa baharu sebagai seorang ibu.
Sebelum ini, pada Oktober lalu, Nabila mengumumkan kehamilan dan dijangka bakal bersalin pada awal tahun depan dan mengumumkan jantina bayi lelaki pada November lalu.
Untuk makluman, Nabila dan suaminya, Nik Iruwan, 39, berkahwin dalam majlis di Bukit Tinggi, Pahang pada 18 November tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment