24 December 2024

KEMUNCULAN SEMULA KRU MENGIMBAU NOSTALGIA LALU..!



Kumpulan penuh nostalgia, KRU secara eksklusif telah menggegarkan penutup Pentas Calpis Soda One In A Million, baru-baru ini dengan persembahan mereka yang luar biasa.

Antara lagu-lagu hit dendangan mereka malam itu ialah Voodoo, Terhangat Di Pasaran, dan Fanatik yang sudah lama menjadi siulan ramai. Ditambah pula dengan koreografi mantap dan persembahan visual yang memukau, KRU berjaya mencuri perhatian ramai.

Untuk makluman, kumpulan KRU ditubuhkan pada tahun 1992, melonjak popular dengan menggabungkan elemen pop dan hip-hop. Menerusi persembahan ‘comeback’ mereka secara eksklusif di TV3, ia memberi para peminat peluang untuk menyaksikan perkembangan terkini projek muzik yang sedang diusahakan oleh mereka.

Kehadiran KRU di pentas ini bukan hanya sebuah penghormatan kepada warisan muzik, tetapi juga membuktikan bahawa mereka tetap relevan dan terus berinovasi dalam industri muzik Malaysia.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: