24 December 2024

DONGENG SANG KANCIL, KARAKTER POPULAR YANG MENDAPAT SENTUHAN MODEN



Penerbit animasi terkemuka Malaysia, Les' Copaque Production, yang popular dengan kartun Upin & Ipin, kini menghasilkan filem terbaru, ‘Dongeng Sang Kancil’.

Filem ini merupakan filem animasi tempatan pertama yang menggunakan teknik hibrid 3D dan kesan khas 2D. Menjadi satu-satunya filem animasi tempatan yang menemui penonton pada penghujung 2024 dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 26 Disember 2024.

Dongeng Sang Kancil menjanjikan pengalaman sinematik yang luar biasa. Selain penceritaan yang penuh keterujaan dan menyeronokkan,serta visual berkualiti tinggi, filem animasi ini membawakan babak aksi yang mendebarkan.

Klik untuk gambar besar



Filem ini menampilkan watak utama ‘Sang Kancil’, iaitu karakter haiwan yang sangat popular dalam cerita-cerita rakyat sejak dahulu kala atas simbol kepintarannya dan kini diangkat ke layar perak untuk generasi baru.

Dongeng Sang Kancil membawakan kembali Nini Razali sebagai pelakon suara Kancil. Selain itu, penampilan pertama penyanyi Amir Masdi sebagai pelakon suara dengan membawakan watak Harimau Kumbang juga cukup membanggakan.

Jadi... jangan lupa untuk membawa anak-anak ke pagawam pada musim cuti sekolah nanti untuk menonton filem ini yang pastinya mempersonakan imaginasi mereka.



         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: