"Ada saya baca komen cakap kasihan arwah Suhaimi Saad, sedih arwah. Sebelah arwah tu masih kosong, kalau nak tempah bolehlah.
"Sini saya nak cakap, saya dengan arwah Suhaimi Saad dah putus hubungan. Apa yang saya buat, dia tak t@nggung d0sa saya melainkan anak-anak bila buat d0sa contohnya tak solat, arwah bapa dia yang kena tanggung dekat sana.
"Tapi saya sangat berkeras dengan mereka supaya jaga amalan terutama solat sebab bila anak-anak tinggalkan solat, ibu bapa meskipun sudah meninggal akan terasa s£ksanya."
Demikian tutur penyanyi Ina Naim dimana dia tampil menjawab krit1kan daripada netizen yang mendakwa dirinya berubah sikap selepas mendirikan rumah tangga.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Ina berkata, selepas dia mendirikan rumah tangga dengan Khairul Rizal, tugas dan tanggungjawabnya kini hanyalah buat suaminya.
"Saya dah tak ada apa-apa hubungan dengan suami lama, dah terputus. Tapi saya harap, Insya-Allah mudah-mudahan doa saya untuk arwah sampai," kata ibu kepada empat cahaya mata itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment