"Dia nak bermadu dengan saya, RM5 juta. Aeril untuk dijual bernilai RM5 juta, ada? Sekali tengok ada orang kaya yang tua dari luar negara yang nak beli awak, macam mana tu?"
Itulah kata pelakon dan usahawan, Wawa Zainal menerusi video di TikT0k, dimana gurauannya itu menjadi tular apabila ingin 'menjual' suaminya, pelakon Aeril Zafrel.
Sementara itu, Wawa sempat bertanyakan kepada Aeril adakah dia bersetuju jika menerima tawaran tersebut, namun suaminya itu menyifatkan soalan itu tidak masuk akal.
Kata-kata Wawa itu bagaimanapun menerima t£guran netizen yang menasihati ibu kepada empat cahaya mata itu agar menjaga tutur kata, meskipun ianya hanya gurauan kerana bimb@ng andai percakapan itu adalah satu doa.
Klik untuk gambar besar
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment