14 December 2024

K£SAL CHE TA TAK BAYAR HUTANG - KONTRAKTOR BERSYUKUR KAWAN BAIK PELAKON ITU TOLONG BAYARKAN



"Syukur Alhamdulillah dia dah tolong selesaikan bayaran sebanyak RM7,000 kepada saya. Allahu betul tak sangka. Ini betul sahabat dunia akhirat. Tak pernah lagi jumpa sahabat macam ini. Bukan senang nak dapat sahabat baik macam ini.

"Sudi tolong Rozita waktu dia tengah susah. Diam-diam pula tu tanpa pengetahuan Rozita. Terima kasih banyak tuan Anas Zahrin sudi selesaikan bayaran ini. Moga tuan dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki."

Demikian tulis kontraktor dikenali BaNi Rahman dimana dia bertindak memadam hantaran dibuatnya berkaitan Rozita Che Wan yang didakwa tidak membayar hutang perkhidmatannya sebagai pemasang rumput tiruan di kediaman pelakon dan usahawan itu, tahun lalu.

Menerusi penjelasan di akaun Facebook, BaNi berkata, keputusan memadam hantaran berkenaan dibuat berikutan hutang itu sudah dibayar oleh seorang sahabat baik Rozita atau mesra disapa Che Ta yang juga usahawan, Mohamad Anas Zahrin.

Dalam pada itu, jelas BaNi lagi, bayaran itu akan digunakannya untuk mengerjakan umrah ke Tanah Suci Makkah selepas ini.

Klik untuk gambar besar

"Memang dari dulu lagi teringin sangat nak pergi umrah. Moga Allah SWT jemput saya ke sana," katanya yang kini sedang mengenal pasti agensi umrah yang sesuai untuk melaksanakan impiannya itu.

Terdahulu, BaNi mendakwa syarikatnya BANI Grass diupah oleh Che Ta untuk memasang rumput tiruan di kediamannya, namun terk£jut apabila Che Ta memanggil syarikat lain untuk memasang rumput itu di rumahnya, sedangkan dia sudah melakukan kerja asas sehinggalah sampai peringkat akhir mahu memasang rumput tiruan.

Difahamkan Che Ta memberi alasan rumput tiruan itu ditaja oleh syarikat terbabit, sekali gus permintaan BaNi Rahman mendapatkan upah kerjanya selama seminggu berulang alik dari Melaka serta kos barang sudah digunakan tidak dilayan oleh Che Ta.

BaNi kemudian bertindak meluahkan perasaan sedih dan k£sal terhadap selebriti sensasi itu di media sosial, namun tidak menyangka apa yang dikongsi itu menjadi perhatian ramai sehingga tular.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: