14 December 2024
BERSYUKUR DIKIRIMKAN RAKAN YANG HULUR BANTUAN - EBBY YUS RINDU BERLAKON, HARAP DIWUJUDKAN WATAK SESUAI
"Saya bersyukur kepada Allah kerana Dia menghantarkan kawan-kawan yang betul hebat, jiwanya hebat. Walaupun saya bukanlah kata orang tidak baik, tetapi kurang bergaul saja dengan mereka.
"Namun, tetap ada kawan-kawan itu yang datang berjumpa dan menziarah saya untuk memberi sumbangan. Ramailah yang datang bantu antaranya Jep, Rahim, Shuib dan Ajak Shiro yang berikan saya penyedut udara."
Itulah kata pelakon yang juga pelawak senior, Ebby Yus atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid, 59, dimana dia bersyukur dan tidak menduga betapa ramai rakan selebriti yang prihatin terhadap masalah kesihatannya dan tampil menolong walaupun tidak begitu rapat.
Menurut Ebby, meskipun dia kini tidak boleh bekerja kerana masalah buah pinggang dan jantung dihidapi, namun keprihatinan rakan-rakan, peminat dan pihak tertentu yang hadir membantu membuatkan ujian kehidupan itu dapat dilaluinya dengan tenang.
Dalam pada itu, Ebby turut memberitahu mengenai hubungan baiknya dengan pelawak dan penyampai radio, Issey Fazlisham, 36, yang sering menziarahnya di rumah, dimana dia pernah berkawan baik dengan bapa Issey, Allahyarham Mat Hussin Hassan Gul.
"Issey ini sebenarnya saya cukup baik dengan dia sebab saya kenal dan pernah berkawan dengan arwah bapanya dulu. Tapi, mulanya saya pun tidak tahu yang Issey itu anak kawan saya.
"Bagaimanapun, Issey yang beritahu dan saya memang kenal baik dengan arwah bapanya. Saya panggil ayah dia, Mat Hussin ketika di Kelantan dulu dan sebab itulah kami sekarang makin rapat," jelasnya yang kini mempunyai berat badan 64 kilogram (kg).
Sementara itu, Ebby memaklumkan, dia perlu menjalani rawatan dialisis air untuk buah pinggangnya yang sudah r0sak sebanyak dua kali sehari di rumah.
Disamping itu, meskipun ketika ini berhadapan masalah kesihatan yang mengekangnya bekerja, Ebby berkata, dia tetap berhasrat mahu aktif lagi dalam karier seni dan jauh sekali terfikir untuk bersara, meskipun ketika ini berhadapan masalah kesihatan yang mengekangnya bekerja.
"Saya ingin berlakon lagi dan berharap agar ada pihak produksi yang mewujudkan watak sesuai. Bukan apa, saya hendak bekerja sebab lakonan ini sudah sebati dengan jiwa dan diri saya. Peminat pun masih ada.
"Cuma, dalam keadaan sekarang saya tak boleh berdiri lama dan banyak bergerak sebab cepat penat. Tapi, harapan saya agar ada penulis skrip yang buatkan watak sesuai untuk saya," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment