14 December 2024
BERPEGANGAN TANGAN DENGAN JEFRI NICHOL - NAMA AMEERA KHAN SEKALI LAGI JADI BUALAN
"Gembira di sini," tulis pemp£ngaruh media sosial, Ameera Khan di Insta Story, dimana dia turut mengulang siar video yang memaparkan dia bersama pelakon Indonesia, Jefri Khan.
Dalam video tersebut yang difahamkan dirakam ketika berada di Jakarta baru-baru ini, Ameera dan Jefri berpegangan tangan dan kedua mereka tersenyum manis apabila disapa pemilik video berkenaan.
Perkongsian video itu sekaligus menimbulkan teka-teki mengenai status hubungan Ameera dan Jefri yang sebelum ini didakwa bercinta, malah nama adik kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa ini sekali lagi menjadi bualan apabila video berkenaan tular.
Klik untuk gambar besar
Terdahulu, Ameera dan Jefri pernah menyulam cinta, namun hubungan mereka dikhabarkan putus sekitar Oktober 2021 selepas pemp£ngaruh itu tidak lagi mengikuti Jefri di Instagram.
Namun pada penghujung Mac tahun lalu, percintaan mereka dikhabarkan kembali bertaut selepas pelakon Indonesia itu menghubungi Ameera menerusi panggilan video.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment