14 December 2024
SELESAI JALANI TEMPOH IDAH - FAZURA ANGGAP IA PENGAKHIRAN & PERMULAAN UNTUK SEGALANYA
"Pengakhiran dan permulaan untuk segalanya," demikian tulis pelakon Nur Fazura dimana dia akhirnya selesai menjalani tempoh idah selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.
Fazura yang berkongsi perkara itu menerusi perkongsian di Instagram, menganggap ianya permulaan baru dalam hidupnya, selain memuat naik gambarnya mengenakan busana berwarna putih dan dilihat tersenyum manis.
Dalam hantaran itu juga, Fazura turut meletakkan tanda pagar, dimana dia meluahkan rasa syukur serta ketenangan.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Fazura diberikan kebahagiaan dalam menjalani kehidupan bersama anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya.
Untuk makluman, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment