13 December 2024
"BERG4DUH SEBESAR MANA PUN AKAN BERJUMPA JUGA" - CHACHA MAEMBONG TERBUKA BEKERJASAMA RUHAINIES, BERSIKAP PROFESIONAL
"Kebetulan, sejak kontr0versi itu saya memang tak pernah terserempak dengan dia (Ruhainies). Apa yang terjadi hanyalah sal@h faham. Kalau ada tawaran untuk kami bekerjasama, saya tetap akan bersikap profesional. Orang yang saya suka atau tidak, saya akan bekerja secara profesional.
"Dengan pihak mana-mana pun, saya tak ada isu sekiranya perlu bekerjasama. Berg@duh sebesar mana pun akan berjumpa juga. Dekat majlis-majlis pun boleh jumpa atau tiba-tiba boleh jadi berlakon sama. Jadi, saya tak suka berg@duh dengan sesama orang dalam bidang ini."
Ujar pelakon Chacha Maembong dimana dia sentiasa bersikap profesional dan terbuka untuk kembali bekerjasama dengan mana-mana pelakon yang pernah bermas@lah dengannya termasuk Ruhainies kerana baginya, industri hiburan tanah air sangat kecil.
Sebelum ini, Chacha pernah menuntut penjelasan daripada pelakon itu selepas namanya 'dipetik' dalam perbualan di antara Ruhainies bersama Aliff Aziz di WhatsApp yang ditularkan seorang wanita didakwa kekasih kepada Aliff iaitu Sarah Yasmine.
Selepas kontr0versi namanya 'dipetik' itu, Chacha atau nama sebenar, Siti Aisyah Rohani Ismail dan Ruhainies tidak lagi berhubung antara satu sama lain.
"Selepas kejadian itu, kami memang tak pernah berhubung dan berjumpa. Memang dia pun terus hilang begitu saja. Saya pun sekarang memang nak fokus buat duit, fokus kerja dan kerjaya saya.
"Bila hal peribadi sebegini beri imp@k, tak seronok terutama membabitkan nama saya kena petik. Kalau boleh, benda begini saya minta dijauhkan," tutur adik kepada pelakon Emma Maembong itu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment