13 December 2024

"SAYA TAK KISAH DIKEC4M NETIZEN... SAYA SUDAH BUAT KERJA DENGAN BETUL" - MAS IDAYU NAFI PENYINGKIRAN PASANGAN DUA PUPU NAQIU & JOEY DISEBABKAN LUPA LIRIK



Semua sedia maklum mengenai pasangan dua pupu, Naqiu dan Joey Daud dimana mereka gag@l mara ke peringkat akhir Famili Duo musim keempat (FD4) apabila diumumkan tersingkir.
Isu penyingkiran pasangan dua pupu itu mendapat perhatian ramai apabila Joey meluahkan rasa k£sal serta men£pis dakwaan dia terlupa lirik sewaktu menyanyikan lagu 'Terhangat Di Pasaran' (KRU) dan 'Inilah Nasibku' (Nico) ketika membuat persembahan di separuh akhir FD4, Ahad lalu (8 Disember) hingga disingkirkan juri tetap, Mas Idayu.

Ditanya mengenai hal itu, Mas Idayu menjelaskan, dia sudah melakukan tugas dan tanggungjawab sebagai juri tetap dengan sebaik mungkin serta telus mengikut objektif program itu yang mencari pasangan peserta duet terbaik.

"Dia tersingkir bukan sebab lirik (lupa). Kami sebagai juri tidaklah begitu t£gas dengan hal itu. Persembahan mereka okay saja. Saya dapat tahu mengenai perkara ini pun (luahan rasa k£sal Joey) daripada peminat yang hantar kepada saya dan terus saya tonton semula rakaman persembahan mereka.

"Bimb@ng kalau saya tersal@h komen. Tapi, saya beri komen yang wajar kepada mereka kerana persembahan dibuat itu okey saja. Cuma, sebagai juri saya hanya boleh memilih tiga yang terbaik. Jadi, kalau mereka rasa sesuai untuk ke final, siapa yang perlu saya singkirkan? Itu persoalan saya," katanya.

Dalam pada itu, Mas Idayu berkata, dia tidak kisah dan tidak melayan kecam@n netizen terhadapnya kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

"Sebagai juri pertandingan, saya tak kisah dikec@m netizen. Biarlah, sebab saya sudah kuat selepas 12 tahun aktif menjadi juri. Tapi, jangan kacau peserta-peserta saya. Itu saja. Saya memang tak peduli pun dengan komen netizen nak cakap apa pada saya. Ini kerana, bagi saya apa yang penting saya sudah buat kerja dengan betul. Saya sudah lali pun dikec@m," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: