13 December 2024
"TIADA ISTILAH 'MENUNGG4NG' ISU PERIBADI... INI SEMUA REZEKI ALLAH" - FATTAH AMIN JELAS DIA HANYA JALANKAN TUGAS DENGAN AMANAH DIBERIKAN
"Saya mencari rezeki yang halal. Jika mereka ambil saya bekerja, saya buktikan dengan hasilnya. Mereka beri saya tawaran kerja dan pr0duk terjual. Itu yang lebih saya fokuskan. Saya ambil tanggungjawab atas setiap kerja diberikan.
"Semua rezeki ini sudah tertulis, tiada istilah 'menungg@ng' hal peribadi," ujar pelakon Fattah Amin dimana dia beranggapan tawaran yang diterimanya daripada pelbagai jenama adalah rezeki buat dirinya.
Berhubung itu, kata bapa kepada seorang cahaya mata ini, dia tidak pernah menganggap ada pihak cuba mengambil kesempatan atas kisah peribadi hidupnya.
Tambahnya lagi, dia juga tidak pernah menjadikan isu cerai sebagai perkara yang boleh ditungg@ng mana-mana pihak, sebaliknya dia hanya menjalankan tugas dengan amanah diberikan.
Sementara itu, ditanya mengenai ada pihak yang kurang senang serta mu@k apabila tumpuan berlebihan diberikan kepadanya, Fattah bagaimanapun berkata, dia enggan memikirkan perkara itu kerana baginya, dia cuma mahu bekerja mencari rezeki.
"Ini semua rezeki Allah dan sebagai umat Islam kita kena percaya perkara itu. Saya pun tak minta setiap video yang dibuat menjadi FYP (tular). Saya hanya buat sehabis baik untuk setiap tawaran kerja.
"Persepsi masing-masing untuk memberi pendapat dan itu saya tidak boleh kawal. Ada yang suka dan ada yang tidak. Semua orang ada hak untuk bercakap, saya tak boleh halang," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment