27 December 2024
M4NGSA BANJIR DI KELANTAN - KARYAWAN AGIH RM60,000
"Alhamdulillah, Karyawan mendapat sokongan penuh daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) setempat dalam menjayakan misi bantuan banjir kali ini."
Demikian kata Timbalan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Radhi Khalid, dimana pihak mereka turun padang menyampaikan sumbangan RM60,000 kepada m@ngsa banjir di dua daerah di Kelantan.
Jelas Radhi, sumbangan diberikan kepada 300 penerima membabitkan m@ngsa banjir di Rantau Panjang serta Teluk Renjuna dan Pengkalan Kubor, Tumpat.
"Selain itu, sumbangan disampaikan berbentuk barangan keperluan seharian, makanan dan beg sekolah yang diharap dapat membantu meringankan b£ban mereka yang kehilangan harta benda akib@t b£ncana ini.
"Dalam masa sama, bantuan disampaikan turut menjadi simbol bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi ujian, malah disokong oleh pelbagai pihak yang prihatin terhadap nasib mereka," tuturnya.
Katanya, sumbangan itu adalah sal@h satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Program Misi Bantuan Banjir Karyawan bersama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) selama tiga hari bermula hari ini sehingga Sabtu.
Dalam pada itu, jelasnya lagi, program sepanjang tiga hari itu turut menampilkan selebriti terkenal tanah air seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Mawi, Ezlynn, Ito Blues Gang, Serina Redzuawan, Noorshila Amin, Zur Eda dan Presiden Karyawan, Datuk Freddie Fernandez.
"Kehadiran semua artis ini bukan sahaja membawa senyuman kepada m@ngsa, tetapi juga menjadi bukti solidariti dan komitmen komuniti seni terhadap usaha membantu masyarakat yang memerlukan.
"Karyawan sebenarnya banyak terbabit dalam pelbagai kerja kemasyarakatan, termasuk program keagamaan seperti tahlil, k0rban dan pelbagai program amal bersama komuniti.
"Kami tidak hanya tertumpu kepada dunia hiburan semata-mata, tetapi sentiasa membuka ruang untuk bekerjasama dalam usaha memberi manfaat kepada orang ramai," ujarnya.
Dalam masa sama, Radhi turut berharap ia dapat menyemarakkan lagi semangat perpaduan dan rasa prihatin dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang supaya hidup lebih muhibah dan harmoni.
Katanya, CSR akan terus dijalankan daripada semasa ke semasa sebagai bukti keprihatinan Karyawan terhadap mereka yang memerlukan.
Sementara itu, sal@h seorang penerima, Azizah Che Wil , 40, mengucapkan terima kasih kepada Karyawan yang prihatin dengan membantu m@ngsa banjir, selain mengakui gembira dapat bertentang mata dengan barisan artis.
Tuturnya, selain dapat meringankan b£ban, kehadiran artis sedikit sebanyak dapat menghiburkan mereka yang terg@nggu daripada segi em0si selepas berhadapan banjir besar tempoh hari.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment