27 December 2024

ENGGAN S4KITI ORANG LAIN - NORANIZA IDRIS AKUI BELUM SEDIA JADI JURI : "SAYA JENIS YANG TAK SAMPAI HATI"



Penyanyi Noraniza Idris atau mesra disapa dengan panggilan Kak Ani, 56, akui dirinya masih belum bersedia untuk menjadi juri pertandingan nyanyian.
Kata Ani, dia pernah menerima tawaran menjadi juri, namun menolak kerana tidak mahu meny@kitkan hati sesiapa.

" 'Never' (tidak akan). Insya-Allah, tidak. Awal-awal saya cakap, saya tak boleh menjadi juri sebab saya jenis yang tak sampai hati. Saya tahu, orang-orang yang menyanyi itu macam mana 'struggle' (berg£lut) mereka sebab saya juga lahir dari pertandingan.

"Apa lagi nak menjurikan artis dalam kalangan kawan-kawan. Tawaran memang ada, tapi saya tak nak. Saya jenis yang kalau komen, saya tak reti nak simpan. T@kut orang tak suka. Tak apalah, bagi orang yang betul-betul layak dan bagus," ujarnya.

Dalam pada itu, ulas Ani lagi, antara artis yang sesuai menyandang gelaran juri pertandingan dan tahu selok belok muzik Irama Malaysia atau Etnik Kreatif adalah Shiha Zikir.

"Ada ramai, antaranya Shiha. Sebab dia ada 'kuasa' melaw@n itu. Dia ada satu semangat juang dan tahu apa dia buat. Dia penyanyi lagu Irama Malaysia yang bagus juga dari segi vokal dan versatil. Semua dia boleh.

"Saya biasa menonton persembahan Shiha sebab dia selalu masuk pertandingan. Memang dia tahu apa yang dia nak di atas pentas. Kalau etnik, dia tahu pembawakannya, ditambah dengan teknologi dan sebagainya," jelas penyanyi yang digelar Ratu Etnik Kreatif itu.

Untuk info, Ani pernah menyertai pertandingan Bintang RTM pada 1983 dan 1985. Kemudiannya pada 2020, penyanyi itu menyertai program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: