27 December 2024

BADAN SUK4R BERGERAK - SATHIA JALANI RAWATAN AKUPUNTUR TIGA KALI SEMINGGU



Selepas dis£rang angin ahmar ringan (mild str0ke) pada 16 Julai lalu, pelawak veteran, Sathia atau Sathivel Periasamy, 60, telah berkongsi keadaan kesihatan terkininya dimana dia kini mendapatkan rawatan akupuntur di sebuah pusat rawatan di Ampang, sejak sebulan lalu bagi memulihkan bahagian kanan badannya yang suk@r bergerak.
"Dulu saya suap isteri saya makan, sekarang isteri yang suapkan saya makan kerana tangan kanan saya dah tak mampu nak angkat sampai ke mulut. Kalau dekat nanti tangan akan bergoyang dan makanan tumpah. Saya kena buat tiga kali seminggu dengan kos RM60 setiap kali rawatan.

"Setiap minggu kena pergi kalau nak sembuh. Rawatan selama sejam bagi setiap sesi. Saya rasa okeylah. Apapun saya bersyukur kerana mulut tak lari (seng£t) akib@t str0k kerana kalau mulut lari saya sus@h nak cari makan kerana saya berlakon dan kena bercakap.

"Dalam keadaan sekarang pun saya masih shooting drama. Lepas ini Januari dan Februari tahun depan pun dah ada jadual berlakon. Saya hanya duduk dan bercakap sahaja," kata pelakon yang popular menerusi sitkom 'Pi Mai Pi Mai Tang Tu'.

Sempena program Ziarah Seni Madani, Sathia menerima kunjungan Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching di kediamannya, di sini, hari ini, dimana ia turut dihadiri sama Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Finas, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib serta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Warga Industri, Kebajikan dan Data Industri Finas, Rozaidi Abdul Jamil atau Zed Zaidi.

Lawatan ini sebahagian daripada inisiatif Ziarah Seni Madani Finas bertujuan membantu penggiat seni yang memerlukan sokongan dan menerusi lawatan kali ini, Sathia telah menerima sumbangan wang tunai serta bakul makanan.

Mengulas perkara ini, Sathia yang mempunyai sepasang anak dan tiga cucu itu meluahkan rasa gembira menerima kunjungan Timbalan Menteri dan agensi berkaitan.

"Kita siapa, kita rakyat biasa. Bukan senang Menteri datang jumpa kita, bukan kita pergi jumpa dia. M@lu juga dia datang cari kita. Tapi okeylah apapun kita manusia. Dulu saya ada tolong orang. Sekarang orang tolong saya. Sebelum ini saya pernah dikunjungi oleh Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad yang juga Adun Setiawangsa dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

"Saya sangat berterima kasih kepada Perdana Menteri. Bantuan ini saya gunakan untuk tujuan kos perubatan. Saya perlukan sekitar lebih seribu juga," tuturnya yang menyifatkan kunjungan Menteri sebagai hadiah amat bermakna buatnya dimana kebetulan dia baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pada 24 Disember.

Sementara itu, Nie Ching berkata, kunjungannya bertujuan untuk menziarah dan membuat serahan dalam bentuk wang tunai dan bakul makanan kepada pelawak dan pelakon terbabit.

"Kami nampak bahawa dia dalam satu keadaan yang kurang sihat. Kami gembira berpeluang lawat dia di mana 24 Disember lalu ulang tahun kelahirannya. Jadi saya ambil masa ucapkan selamat ulang tahun dan harap dia cepat sembuh," ujarnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: