27 December 2024

ALAMI PAT4H TULANG LEHER - ADAM LEE BERSYUKUR TIADA KECED£RAAN YANG S£RIUS : "KEMUNGKINAN HANYA R£TAK KECIL DI LEHER"



Menerusi satu perkongsian di akaun media sosial Instagram, pelakon Adam Lee memaklumkan dirinya reda dengan apa yang berlaku apabila mengalami keced£raan sehingga pat@h tulang leher dan kini sedang menerima rawatan di sebuah pusat perubatan.

"Tulang leher cr@ck / pat@h pulak, Adoiiii.. Takpe semoga tahun 2025 akan lebih baik dari tahun ini. Get well soon dear self. Ingat pesan ibu, kau kuat dam and kau kena kuat.

"Alhamdulillah untuk semua ini 💪🏼🤘🏼❤️," tulis Adam yang dalam masa sama turut meluahkan rasa syukur apabila dihujani dengan komen p0sitif dan mendoakan kesihatannya.

"Alhamdulillah thank you semua yang mendoakan. Semoga kita semua dilindungi Allah SWT. Doakan saya cepat sembuh ya 🤲🏻❤️ (INI BUKAN LAKONAN, INI KEJADIAN SEBENAR 🤘🏼)," kata suami kepada pelakon Sweet Qismina itu di ruangan komen.

Perkongsian Adam yang memuat naik gambar dia berada di hospital dan sedang memakai alat sokongan di leher itu dihujani pelbagai kata semangat daripada pengikutnya dan selebriti antaranya Syafie Naswip, Jasmin Hamid, Qi Razali, Uyaina Arshad dan ramai lagi.

Sementara itu, Adam turut memaklumkan, dia hanya mengalami ker£takan kecil di bahagian leher C3 selepas terj@tuh ketika menjalani latihan seni mempertah@nkan diri kelmarin.

Klik untuk gambar besar

Jelasnya lagi, pada mulanya ketika menerima rawatan awal di klinik, dia dimaklumkan tulang lehernya pat@h, bagaimanapun dia bersyukur kerana tiada keced£raan s£rius berlaku terhadapnya.

"Rabu lalu saya ada latihan seni bela diri dan kejadian berlaku apabila saya sal@h j@tuh hingga bahagian leher C3 saya dilaporkan pat@h ketika mendapatkan rawatan di klinik.

"Bagaimanapun semalam ketika saya ke hospital untuk membuat pemeriksaan lanjut disebabkan kes@kitan yang berterusan, saya buat ujian pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk mengenal pasti mas@lah sebenar.

"Alhamdulillah pagi tadi jururawat di hospital ini memberitahu tiada keced£raan yang s£rius di bahagian leher. Kemungkinan hanya r£tak kecil di leher. Tapi apapun, saya perlu menunggu laporan penuh daripada doktor petang ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Adam berkata, disebabkan keced£raan yang dialami, dia terpaksa melepaskan dua tawaran lakonan yang sepatutnya menjalani penggambaran bulan depan.

"Insya-Allah keced£raan yang dialami ini tidak akan mengambil masa yang terlalu lama untuk pulih dan saya saya akan kembali bekerja sekitar Februari tahun depan. Sekarang ini keadaan saya baik-baik saja. Doakan semoga saya cepat sembuh," tuturnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: