27 December 2024

JIHAN TEPIS DAKWAAN SUDAH BERSALIN : "KAMI SEKELUARGA TIDAK PERNAH ADA AKAUN TIKT0K"



Pengacara Jihan Muse, 40, menerusi hantaran dimuat naik di Instagram Story (IG), tampil menjawab dakwaan dimana dirinya sudah melahirkan anak ketiga seperti tular di TikT0k.

Jihan atau nama sebenarnya, Nur Jihan Musa berkata, dia tidak memiliki akaun TikT0k dan khabar angin dis£barkan mengenai berita kelahiran anak ketiganya itu adalah palsu.

"Saya belum bersalin dan kami sekeluarga tidak pernah ada akaun TikT0k. Salam, kepada ramai yang mesej bertanya, saya belum bersalin dan kami sekeluarga tidak pernah ada TikT0k.

"Saya pun tak tahu video yang anda semua tengok tapi saya masih okay lagi (belum bersalin). Tak taulah 'fake account' (akaun palsu) siapa yang buat tapi semua berita adalah palsu," ujar pengacara program realiti Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) itu.

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Jihan berkata, dia hanya memiiki akaun IG dan Facebook (FB) sahaja serta akan memaklumkan berita kelahiran anaknya nanti di medium sosial berkenaan.

"Kita 'old school' sikit, selain IG cuma aktif di FB je. Kalau ada 'update' (perkembangan) nanti cuma di IG saya atau Ungku (suami) FB personal sahaja ye. Doakan ya," kata Jihan yang sebelum ini memaklumkan, dirinya mahu berehat untuk membuat persiapan menyambut kelahiran anaknya pada konsert kelima GV11 dan tempatnya juga digantikan pengacara Sherry Alhadad.

Untuk makluman, Jihan mendirikan rumah tangga bersama pelakon Ungku Hariz Faizal, 39, pada 29 Mac 2016. Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua anak lelaki iaitu Ungku Arsalan Haq, 6 dan Ungku Altamis Barr, 2 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: